Selasa, 20 Oktober 2015

isu semasa: pembuangan bayi

KEZALIMAN PEMBUANGAN BAYI
 
 
Pergaulan bebas dengan sikap ingin mencuba dan ingin tahu akan menjalinkan hubungan di luar tabii antara perempuan dengan lelaki. Jadi, hubungan seks rambang akan menyebabkan remaja perempuan mengandung dan seterusnya mengambil keputusan membuangkan bayi mereka. Perbuatan ini adalah sikap tanpa perasaan berperikemanusiaan kerana sanggup membunuh nyawa kecil anak mereka dan mencampakkan ke merata-rata tempat.
 
 

Bayi sebenarnya adalah seseorang makhluk hidup yang sangat comel dan dapat membawa kegembiraan apabila telah dilahirkan. Bayi merupakan seketul daging yang dimasukkan roh kedalamnya dan ia akan dibentuk dalam perut ibu. Sebagai seorang ibu yang melahirkannya perlulah mempunyai siap perikemanusiaan dengan melahirkannya dan bukan membunuhnya dengan membuangkannya di merata-rata tempat.
Sejak 13 Ogos 2011, kes pembuangan bayi disiasat dan diputuskan sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu akan menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 
Pertubuhan Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) adalah untuk membantu mengurangkan bilangan anak-anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim dan pembuangan bayi di Malaysia.Ia adalah organisaion bukan kerajaan bukan yang bertujuan untuk memberikan setiap anak yatim dan pembuangan bayi peluang untuk merasa kasih sayang dalam keselamatan keluarga. Pertubuhan tersebut juga dapat mengurangkan bilangan kanak-kanak di rumah anak yatim. OrphanCARE turut bertujuan untuk membantu pemikiran perubahan masyarakat terhadap anak-anak yatim.
 

 

 

isu semasa: wabak denggi

 
ISU WABAK DENGGI
 
 
Apa ini? Kebanyakan orang memanggil ia sebagai nyamuk. Sebenarnya ia dipanggil sebagai nyamuk aedes. Nyamuk Aedes merupakan salah satu jenis nyamuk yang dapat menemui di kawasan tropika. Badan dan kakinya berbelang putih dan hitam. Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Ia akan mula mengigit pada waktu pagi dan senja. Virus ini akan memindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah yang digigit oleh nyamuk tersebut.





        Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato' Sri S. Subramaniam. Melalui rajah di atas, didapati jumlah kes kematian denggi yang meningkat pada tahun ini amatlah membimbangkan dan kadar fataliti kes juga terus meningkat sehingga 0.3% pada masa ini iaitu melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh KKM iaitu kurang daripada 0.2%. Maka, pihak berkuasa telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan seperti pemeriksaan tempat pembiakan dan semburan kabus.
 

 
Aktiviti semburan kabus ini bertujuan untuk membunuh nyamuk AEDES dewasa yang membawa virus agar penyakit Denggi dapat dikawal daripada merebak. Penduduk perlu menutup semua tingkap dan pintu kecuali pintu hadapan, membuka semua pintu bilik dalam rumah supaya semburan kabus "thermal fogger" dapat dijalankan. Semasa aktiviti ini dijlankan, api dapur gas dan balang gas atau bahan yang mudah terbakar perlu dimatikan dan ditutup. Bahan makanan juga perlu menutup dan disimpan ke dalam peti sejuk atau almari.
 
Semburan kabus harus dilakukan pada waktu pagi dan petang dengan mengambil kira masa puncak gigitan nyamuk Aedes dan cuasa yang sesuai. Semburan kabus perlu dilakukan apabila kejadian kes denggi dalam tempoh masa 24 jam selepas dikenalpasti dan 7 hingga 10 hari berikutnya supaya wabak penyakit tidak merebak dengan luas. Jika berlakunya kejadian wabak denggi, seluruh kawasan akan dilakukan semburan kabus dengan menggunakan mesin "Ultra Low Volume (ULV)"yang canggih.
 
 

Dalam jadual di atas, bilangan kes dan kematian yang dilaporkan dalam mingguan yang ditetapkan telah meningkat dari 1675 kes kepada 1944 kes. Peningkatan adalah sebanyak 269 kes. Jumlah terkumpul kes denggi turut meningkat dari 33456 kes kepada 45070 kes. Peningkatannya pula adalah 11614 kes. Jadi sebagai salah satu rakyat, marilah kita sama-sama mencegah wabak denggi dengan tersebut dengan segera tanpa menanggul masa supaya tidak menjadi mangsa salahh satu kepada isu semasa wabak denggi. 
 
 
 
 
 
 
 

Rabu, 7 Oktober 2015

ISU JEREBU DI MALAYSIA

 

KEDAHSYATAN JEREBU



          Apa itu jerebu? Jerebu sebenarnya ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Dengan jerebu yang semakin serius ini telah mewujudkan pelbagai masalah.
 
 
 
         Gambar tersebut merupakan pembakaran hutan secara tidak dapat terkawal di Indonesia.  Mengapa terjadi masalah pembakaran hutan? Kebakaran hutan berlaku kerana faktor alam dan faktor manusia. Faktor alam biasanya berlaku pada musim kemarau ketika cuaca sangat panas. Namun, sebab utama dari kebakaran hutan adalah pembukaan tanah. Jadi elaklah pembukaan tanah secara berskala besar yang menimbulkan kejadian jerebu yang begitu teruk.
 
 

          Selain itu, masalah jerebu yang semakin serius sekarang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai masalah lain antaranya peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Sebanyak 21 buah kenderaan termasuk dua treler merempuh di antara satu sama lain yang `terperangkap' dalam kepulan asap tebal pada 25 Jan 2015 di Alor Setar. Sebanyak lima orang cedera, dua daripadanya parah dan dimasukkan ke Hospital Alor Star (HAS). Hal ini menakutkan orang ramai semasa memandu di jalan raya.
 
 
Nilai IPU
Status
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya
         Tahap IPU terbahagi kepada beberapa tahap. IPU sebenarnya digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menentukan kualiti udara di sesebuah kawasan terutamanya di Malaysia. IPU berfungsi untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain. Kesan jerebu adalah sangat bahaya kepada kesihatan manusia kerana mengandungi kimia dan tosik akibat dari pembakaran terbuka. Tahap IPU ini merupakan satu petunjuk kepada masyarakat supaya dapat menentukan status jerebu yang mereka alami.


 

          Kesimpulannya, masalah jerebu merupakan satu masalah yang amat membimbangkan terutama di Semenanjung Malaysia. Jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Oleh itu, fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia.