ISU WABAK DENGGI
Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan
Malaysia dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato'
Sri S. Subramaniam. Melalui rajah di
atas, didapati jumlah kes kematian denggi yang meningkat pada tahun ini amatlah
membimbangkan dan kadar fataliti kes juga terus meningkat sehingga 0.3% pada
masa ini iaitu melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh KKM iaitu kurang daripada 0.2%. Maka, pihak berkuasa telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan seperti pemeriksaan tempat pembiakan dan semburan kabus.
Aktiviti semburan kabus ini bertujuan untuk membunuh nyamuk AEDES dewasa yang membawa virus agar penyakit Denggi dapat dikawal daripada merebak. Penduduk perlu menutup semua tingkap dan pintu kecuali pintu hadapan, membuka semua pintu bilik dalam rumah supaya semburan kabus "thermal fogger" dapat dijalankan. Semasa aktiviti ini dijlankan, api dapur gas dan balang gas atau bahan yang mudah terbakar perlu dimatikan dan ditutup. Bahan makanan juga perlu menutup dan disimpan ke dalam peti sejuk atau almari.
Semburan kabus harus dilakukan pada waktu pagi dan petang dengan mengambil kira masa puncak gigitan nyamuk Aedes dan cuasa yang sesuai. Semburan kabus perlu dilakukan apabila kejadian kes denggi dalam tempoh masa 24 jam selepas dikenalpasti dan 7 hingga 10 hari berikutnya supaya wabak penyakit tidak merebak dengan luas. Jika berlakunya kejadian wabak denggi, seluruh kawasan akan dilakukan semburan kabus dengan menggunakan mesin "Ultra Low Volume (ULV)"yang canggih.
Dalam jadual di atas, bilangan kes dan kematian yang dilaporkan dalam mingguan yang ditetapkan telah meningkat dari 1675 kes kepada 1944 kes. Peningkatan adalah sebanyak 269 kes. Jumlah terkumpul kes denggi turut meningkat dari 33456 kes kepada 45070 kes. Peningkatannya pula adalah 11614 kes. Jadi sebagai salah satu rakyat, marilah kita sama-sama mencegah wabak denggi dengan tersebut dengan segera tanpa menanggul masa supaya tidak menjadi mangsa salahh satu kepada isu semasa wabak denggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan